Informasi Produk
Kita selalu dengar ungkapan dari para doctor – Mengesan sesuatu penyakit awal adalah baik dari mengubatinya. Ungkapan ini juga relevan untuk Pengesan Asap Kebakaran kerana OBJEKTIF UTAMA untuk memasang pengesan asap ialah untuk memberi amaran lebih awal jika berlakunya kebakaran di rumah anda.
Tahukah anda bahawa asap mempunyai kesan melalaikan dan boleh menyebabkan kita tidur lebih nyenyak? Tanpa alat Pengesan Asap Kebakaran, seseorang itu mungkin tersedar apabila api telah marak dan terlambat untuk berbuat apa-apa.
Oleh itu, JANGAN BIARKAN orang-orang yg anda sayangi berada dalam situasi sedemikan!
Antara kebaikan-kebaikan yang lain:
· Kita boleh respon kepada bunyi pengesan asap (smoke detector) dengan cepat dan ini membolehkan kita menangani kebakaran sebelum ianya merebak. Pengesan asap juga akan dapat memberitahu lokasi di mana asap atau api sedang merebak dan ini membolehkan kita memadamnya dengan segera.
· Dalam menangani kebakaran, kadang-kadang kita kena buat keputusan dengan cepat demi nyawa ahli keluarga kita. Dengan pengesan asap, ianya boleh memberi maklumat kepada kita sama ada untuk memanggil bomba, atau menangani atau untuk menyelamatkan ahli keluarga dengan segera keluar dari rumah yang sedang terbakar.
· Kebaikan pengesan asap yang penting adalah ianya akan memberitahu semua orang di dalam rumah tentang kebakaran.
· Semasa kebakaran berlaku, beberapa saat adalah sangat berharga untuk kita dan keluarga untuk menyelamatkan diri. Dengan adanya pengesan asap yang berfungsi, ia akan dapat memberi saat saat yang penting itu untuk menyelamatkan diri.
Disarankan alat ini dipasang sekurang-kurangnya di setiap tingkat rumah dan berdekatan dgn bilik tidur agar boleh didengar ketika tidur.
- Spesifikasi :
Unit Size: Φ 115X45mm
Working Current:
Static Current: ≤ 10μ A
Alarm Current: ≤ 12mA
Operation Voltage: DC 9V Battery
Alarm Sound: ≥ 85dB(3m)
Ambient Temperature: -10° C¯ 60° C
Ambient Humidity: ≤ 95%RH
Sensor: Optical
Low Battery Alert Remain: 7-15 days
Certificate: EN14604 & CE & RoHS Approval
- Sijil :
Sijil Kualiti EN14604 & CE & RoHS
- Jaminan :
Jaminan 3 tahun untuk manufacturing defects
No comments:
Post a Comment